Sabtu, 18 April 2020

Kisah Misteri - Hospital Changkat Melintang..

 mistik yg berlaku di Hospital Changkat Melintang Kisah Misteri - Hospital Changkat Melintang..



- Salam..citer nie adalah kisah2 mistik yg berlaku di Hospital Changkat Melintang, Bota Kanan, Perak.
citer nie berdasarkan pengalaman yg aku sendiri alami dari aku kecik sampai aku keja
"Security Guard" kat sana dan juga cerita2 mistik dari org setempat yg aku dengar pasal
hospital nie.. kalau dh nama pun hospital mesti le ade kisah2 mistik dia..iyakan???
hahahhahaaaaaaaa mistik yg berlaku di Hospital Changkat Melintang Kisah Misteri - Hospital Changkat Melintang..

Sedikit sejarah penubuhan Hospital Changkat Melintang, merupakan sebuah hospital kerajaan
yang terletak di daerah Perak Tengah, Ia terletak kira-kira enam kilometer dari Pekan Bota Kanan.
Hospital Changkat Melintang telah mula dibina pada tahun 1971 dengan keluasan
kira-kira 8.4 hektar. Dibelakang hospital ini ada sebuah tasik ladam yg di namakan tasik air mati.
Tasik Air Mati nie ada kaitan dengan sejarah Kesultanan Perak yg pertama iaitu, Sultan Muzafar Shah 1...
(Makamnye belakang umah aku kira2 300 meter je..) dan kisah 'Gajah Batu'..
(dulu2 masa zaman2 bapak aku boleh nampak dengan jelas struktur bentuk gajah batu dari tebing belakang hospital...
zaman sekarang nk tgk boleh tp kena pegi dekat2..)

so, kat sini aku cuma nk cerita kisah2 mistik hospital je, yg lain2 kome google la sendiri... mungkin dlm
cariForum nie pun ade cerita tentang sejarah2 pasal gajah batu tue.

cerita pertama, adalah masa aku kecik2 lg, dlm tahun 1994,1995,1996...(aku pun dh tak ingat
tahun bile kena, tp yg pasti aku masa tue sekolah rendah lg...)
Alkisahnye, aku dulu suke main kat hospital..tp bukan dlm wad la.. tue dh kira menggangu...
tempat paling aku suka tepi padang, berdekatan dengan parking van2 ambulan..
kat situ ada satu pokok rendang( ape jenis aku tak tau ) sebelah pokok tue ada tayar trektor besar yg
jadikan tugu atau replika camgitu la... so, situ kira port aku dgn adik dan pakcik sedara aku
(sebaya adik aku pakcik sedara aku nie, aku panggil dia "Odin") lepak la bila hari2 cuti, sabtu ahad...

so, suatu hari tue masa antara pukul 2pm hingga 4pm...(pun aku tak ingat, tp petang waktu camgitu..)
tgh makan tebu ambik kat kebun arwah tok sedara(bapak odin..) kitaorg lepak la tempat biasa...
sambil tgh makan2 tue aku tgk cermin kat van jenazah tue(aku panggil van mayat), ternampak langsir dlm van mayat
tue bergerak2 mcm di tiup angin.. sebabkan cermin tingkap tue tak pakai tinted, siap le nmpk lg keranda kat dlm...
aku bg tau la kat adik dan odin.

"ehh... odin, nyah(adik aku) ce kome nengok langsir kat van mayat tue bergerak2..."
"aah... bergerak2 la.." kata nyah.
"aii.. deme tak tutup kipas ke??.." kata odin..
kata aku "eh.. van nie tak bergerak pun, takan kipas terpasang kot, enjin pun tak hidup...orang pun "mandang"
(mandang dlm dialek perak tengah sama dgn takde)"
"lain macam je nie... takkan siang2 hari pun ade hantu" kata aku...

kitaorg perhatikan je langsir tu bergoyang2 dari tempat bawah pokok tue.. nk g dekat2 takut..
bukan jauh pun van mayat tue dari kitaorg dlm 2 ke 3 meter je..... kot2 tiba2 terpacul mayat ke,
pocong ke, main2 cak2... pastue cakap pulak "hai..adik..boleh mintak sikit...??" mau lari tak cukup tanah kitaorg...kihkihkihkihhhhh..
 mistik yg berlaku di Hospital Changkat Melintang Kisah Misteri - Hospital Changkat Melintang..

sudahnye kitaorg blah je dari situ.. sampai ke hari nie, perkara tue menjadi misteri.. hahaahaa...
asalnya bile aku nmpk van mayat tue, aku dh rase tak selesa.. sebabnya biasanya van mayat nie parking kat belakang dekat dengan surau hospital, (berdekatan dengan bilik mayat).. dh situ port lepak kitaorg lg pun siang2 hari nk takut mende..
yg aku pulak masa kecik2 dulu memang suke mencari bende2 mistik nie.. mata nie pulak gatal sangat dok perhati2
dalam van mayat tue sapa suruh.. ha..dapat..!!!

selepas kejadian tu, aku lepak jugak cuma kalau ade van mayat tue, kitaorg cari port lain la dlm kawasan hospital tue...
kadang2 aku lalu dekat van mayat tue tgk2 jugak kot2 langsir dlm van mayat tue goyang2...tp, takde pun..
tue la yg pertama dan terakhir aku tgk depan mata...

so, kisah nie yg pertama sekali aku alami di Hospital Changkat melingtang.. kisah mistik yg lain
nnt aku cerita lg..
..

Credit:Sumber